Berilmu · Bertaqwa · Berjaya

Piagam Pelanggan

Komitmen SMK Demak Baru kepada pelajar, staf serta ibu bapa dan penjaga.

SMK Demak Baru komited untuk memberi kepuasan kepada stakeholder berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut dan akan memastikan kepada:

Kepada

Pelajar

Komitmen sekolah terhadap pembelajaran dan kesejahteraan murid.

  1. Mengajar dengan cara yang menarik, berkesan dan jujur.
  2. Menyediakan cukup latihan untuk membantu murid menguasai pelajarannya.
  3. Memeriksa kerja rumah dan buku nota murid sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  4. Memupuk suasana mesra dan sifat penyayang di dalam dan luar bilik darjah.
  5. Menyediakan kemudahan prasarana yang kondusif untuk proses pembelajaran.
  6. Menyediakan ujian dan peperiksaan untuk membantu dalam perkembangan intelek murid serta menyediakan mereka untuk peperiksaan awam.
  7. Memeriksa kertas-kertas ujian dan peperiksaan dengan betul dan saksama.
  8. Menyerahkan balik kepada murid kertas jawapan dalam tempoh satu minggu selepas kertas ujian/peperiksaan sekolah.
  9. Membina masyarakat sekolah yang berdisiplin, berkasih sayang dan berbudaya ilmu.
  10. Menjadikan teladan baik kepada murid.
Kepada

Staf

Persekitaran kerja yang kondusif dan urusan yang pantas.

  1. Menyediakan enviromen kerja yang kondusif dan praktikal.
  2. Menyediakan kemudahan yang mencukupi dan sesuai untuk melaksanakan tugas dengan baik.
  3. Melayan staf dengan jujur, ikhlas dan mesra.
  4. Menyelesaikan permasalahan staf dalam tempoh 3 hari bagi permasalahan dalaman dan 7 hari jika melibatkan JPN atau agensi luar.
  5. Memproses tuntutan perjalanan dalam tempoh 3 hari bekerja.
  6. Meluluskan Cuti Rehat Khas / Cuti Rehat dalam tempoh 2 hari.
Kepada

Ibu Bapa / Penjaga

Kerjasama erat antara sekolah dengan rumah tangga.

  1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
  2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara sekolah dengan rumah tangga.
  3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
  4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
  5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
  6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Sumber: dokumen Piagam Pelanggan SMK Demak Baru.