Berilmu · Bertaqwa · Berjaya

Tentang Kami

Sejarah, identiti dan hala tuju SMK Demak Baru sejak 2003.

SMK Demak Baru, asalnya dikenali sebagai

SMK Baru Kuching, bermula dengan 413 orang murid pada tahun 2003.

Terletak di Jalan Diplomatik, Petra Jaya — bertentangan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching — sekolah ini bermula dengan 11 kelas aliran perdana, 4 kelas Pendidikan Khas dan 27 orang tenaga pengajar. Pada awal Ogos 2004, nama sekolah ditukar secara rasmi kepada SMK Demak Baru dengan kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Baca Selanjutnya
Pandangan udara bangunan SMK Demak Baru
Pandangan udara kampus SMK Demak Baru, Jalan Diplomatik
Sejak2003

Jejak Langkah Kami

Dari sebuah sekolah baharu di Petra Jaya kepada institusi yang menempatkan lebih seribu warga pelajar.

2003

Permulaan sebagai SMK Baru Kuching

Dibuka dengan 413 orang murid, 11 kelas aliran perdana dan 4 kelas Pendidikan Khas, dibimbing oleh 27 orang tenaga pengajar (termasuk pihak pengurusan) dan 8 orang staf sokongan. Penolong Kanan 1, Pn. Saftuyah binti Adenan, memulakan pengurusan sekolah dengan memangku jawatan pengetua.

Gambar lama sekolah (2003)
Ogos2004

Bergelar SMK Demak Baru

Kementerian Pelajaran Malaysia meluluskan pertukaran nama kepada SMK Demak Baru — identiti yang dibawa hingga ke hari ini.

Papan tanda SMK Demak Baru di bangunan utama sekolah
Papan tanda sekolah hari ini
Kini

Hampir 1,000 murid, satu keluarga

Kini menempatkan 964 orang murid (2025) dalam aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), terus berpegang kepada moto Berilmu, Bertaqwa, Berjaya.

Pandangan udara seluruh kampus SMK Demak Baru dari hadapan
Pandangan udara kampus

“Demak Baru Bangkit Berjaya”

SMK Demak Baru dalam angka

0
Tahun Penubuhan
0
Murid (2025)
0
Tenaga Pengajar
0
Kelas

Visi

KPM · Didukung sekolah

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi

KPM · Didukung sekolah

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Moto

Berilmu, Bertaqwa, Berjaya

Lagu Sekolah
Identiti Kami

Lambang Sekolah

Setiap warna dan unsur pada lambang SMK Demak Baru membawa makna yang menjadi pegangan warganya.

Lingkaran BiruPerpaduan dan keharmonian warga sekolah.
Latar KuningKecemerlangan dan semangat yang tinggi.
Obor & Buku TerbukaIlmu pengetahuan sebagai cahaya yang memandu.
Pena & Reben MotoBerilmu, Bertaqwa, Berjaya.
Foto Pengetua SMK Demak Baru
Foto Pengetua

Kata Aluan Pengetua

Kata Aluan
“Selamat datang ke laman web rasmi SMK Demak Baru. Laman ini menjadi jambatan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam membentuk generasi yang berilmu, bertaqwa dan berjaya.”
Pn. Ummi Soefiah binti IshakPengetua, SMK Demak Baru
Baca Penuh
Lagu Sekolah

Demak Gemilang

Rangkap 1

Indah tersergam SMK Demak Baru
Kami pelajar berjanji setia
Limpahan rahmat Tuhan Yang Maha Esa
Menggilap potensi diri
Setia berbakti semua warga pendidik
Berbekalkan usaha dan pasrah diri
Wariskan budi dan ilmu
Menggapai citra yang murni
Beriltizam meraih kecemerlangan
Dalam dunia dan akhirat

Rangkap 2

Kasihlah ibu bapa, hormatlah guru-guru
Ramahilah kawan-kawan, ceriakan persekitaran
Perindahkan perilaku
Pasti tercipta kebahagiaan

(Ulang rangkap 1 & 2)
Penutup

Kami pelajar memperkasa diri
Mantap berilmu teguh bertaqwa
Sentiasa berjaya sepanjang hayat
Menggapai citra yang murni
Beriltizam meraih kecemerlangan
Dalam dunia dan akhirat